I’m Here

JLBM 2009 #2: Hikayat bukan-bukan

Posted by: kimskinez on: February 22, 2009

Salam, syukur sebab saya berjaya ke pusingan kedua JLBM2009,segal komen juri saya terima banyak membantu saya memperbaiki kelemahan yang masih ada. Berbalik pada tugasan minggu kedua ini, cerita dan gambar, seperti tahun lepas saya ada mendapat tugasan yang hampir sama cuma perbezaan ialah gambar. Dan tahun lepas saya tak dapat buat dengan sempurna atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.Berbekalkan semangat yang ada, saya ingin bercerita tentang…………………

Koleksi hikayat bukan-bukan: Cerita Lembu Ajaib!

Pada suatu masa dahulu, ada sebuah negeri yang rakyat jelatanya hanya tahu bermain dengan lembu. Bermacam-macam jenis lembu yang mereka main.Ada lembu jantan, lembu betina, lembu cacat dan juga lembu susu. Nak dijadikan cerita, ada pemuda yang bernama Abang Pandir membela seekor lembu yang diberi nama Gendut. Pergi ke mana sahaja Abang Pandir akan membawa Gendut sekali. Sedang mereka berjalan-jalan di pekan, ada hulubalang dari Istana Menanti mengumumkan sesuatu. Setelah diamati ternyata Raja Lawak,iaitu raja di negeri mereka mahu adakan pertandingan laga lembu. Abang Pandir mahu menyahut seruan diraja itu.

Abang Pandir tanpa melengahkan masa melatih Gendut dengan bersungguh-sungguh. Pelbagai jenis skil telah dipraktikkan. Antaranya termasuklah mengibar-ngibarkan kain untuk dikejar oleh Gendut, menyuruh Gendut bergimnastik serta melompat di dalam lingkaran api. Dikala saat bertemu jam, hari bertemu bulan dan bulan bertemu matahari, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Orang-orang kampun mula berkerumun di perkarangan Istana Menanti. Apabila tiba giliran Abang Pandir, dia pun menjeritlah nama Gendut. Gendut! Gendut! Mari sini cepat! Sambil itu Abang Pandir mengibas-ngibaskan kain berwarna merah. Apalagi, Gendut terus berlari-lari anak lalu Gendut mengimnastikkan dirinya.Tiba-tiba Gendut terhenti dikala kakinya ke atas dan kepalanya di bawah. KENAPA????


Abang Pandir yang kehairanan bertanya kepada Gendut.

“Oii Gendut! Kenapa dengan kamu hari ni?? Termakan rumput yang beracun ke??

“Takk”, jawap Gendut.

“Habis tu kenapa?? Kamu demam ke?? Dah macam badut sarkas aku tengok..”,

“Merah kan tanda berhenti.Kau yang ajar aku semasa kita pergi KL dulu. Kau kata kalo nak mati cepat jalan la waktu merah…..

Abang Pandir….???

Orang ramai yang menyaksikan akisi gendut itu tergaman.Mereka sperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Sesekor lembu membuat aksi erobatik yang tidak boleh dilakukan oleh haiwan lain.

“Eh Gendut, bila masa pula aku bawa kau pergi KL?” tanya Abang Pandir.

“Semalam, lalalalalala”

Gendut terus berputar-putar sementara tanduknya masih di atas tanah.

“Gendut semalam berapa tan rumput kau telan?”

“Nyah!!! I tak telan tau, i kunyah pelahan OK, lebih afdal 44 kali kunyah baru telan, barulah awek muda tau.”

“Erk! Gendut, kau dah gila ke?”

” Isk..apalah Abang Pandir ini, ada ke patut Abang Pandir kata Adik Gendut gila. Mana ada, janganlah malukan I depan orang ramai. Jatuh saham I nanti tauuuuuu! Bencilah dengan Abang Pandir ni.” sambil merengus.

Abang Pandir terkedu.

*Sejak bila pula lembu aku bertukar jadi lembu pondan ni? Takkan sebab latihan gimnastik tue kot? Pelik aku dengan Si Gendut ni.

“Eh Gendut, sebelum aku tukar kau jadi BBQ Steak, baik kau ikut arahan aku ni.” Marah Abang Pandir.

“Sanggup ke Abang Pandir nak makan Gendut? Daging I dah keras tau.”

Ketika Abang Pandir pening memikirkan apa yang telah terjadi pada Lembunya dia di datangi oleh seorang lelaki tua.

“Nak, kenapa cakap seorang diri?” Soal orang tua tersebut.

“Lembu saya ni, dah bertukar jadi lembut pondan, saya rasa lembu saya da keracunan rumput ni Pakcik.”

“Yeke, kesian”

“Kenapa Pakcik tanya tentang gendut ni? Lepas tue macam mana pula pakcik boleh ada tengah padang ni?”

“Sebenarnya Pakcik nak amik balik lembut Pakcik ni nak”

“Eh, ini lembu saya, namanya Gendut. Bukan lembu Pakcik.” Abang Pandir mula marah. Mukanya hampir bertukar hijau.

“Nak, kalau pak cik cakap jangan marah ye, ini lembu ajaib pakcik. Pakcik tertinggal semasa singgah kedai makan tadi” Jawap orang tu itu lembut.”Dan satu lagi, Pakcik rasa anak ni tengah bermimpi ni. Kita sekarang bukan berada di tangah padang kita berada di bawah pokok”

“Pakcik jangan mengarut, saya tengah ada pertandingan penting nie.Kalau betullah saya sedang bermimpi cuba pakcik tampar saya” Cabar Abang Pandir berani.

*** Pangggggggg!! satu tamparan hebat menerjah pipi Abang Pandir.

“Adoi!! sakitnya”

“Sekarang da sedarkan? Pakcik amik balik lembu pakcik ye nak, lembu anak ada tue, tengah tidur di sebalik pokok nie.”

Abang Pandir terpinga-pinga, dia seperti tidak percaya apa yang telah berlaku. Dia mengaru kepala dan berlalu pegi meninggalkan pakcik itu dan lembu ajaibnya.

“Abang Pandir!!! Jangan lupa call I tau. I like you Abang Pandir. Byeeee!!” Kata lembu ajaib itu kepada Abang Pandir.

Abang Pandir yang mendengar jeritan lembu ajaib itu terus berlari bersama lembunya dengan pantas meninggalkan tempat mereka tertidur tadi. Segala Pertandingan tadi adalah mimpi Abang Pandir yang sangat teruja dengan pertandingan laga lembu tadi.

7 Responses to "JLBM 2009 #2: Hikayat bukan-bukan"

huhuuu…citer pak pandir sengal ni memang klakar…huhuuu..gud luck

ekeke…citer dari orang yang xde idea…huhu..

gud luck utk Kia juga…

good luck to u, bro!

thnk u bro!! :)

adeh aku yang jadi pak pandir plak rasanya . hehehe

adeh aku yang jadi pak pandir rasanya

ekekee..

Leave a Reply