I’m Here

Hilang

Posted by: kimskinez on: April 3, 2009

Salam…lama tak up date blog..buat masa ini saya cuma jadikan umah baru saya ni sebagai satu persinggahan sebelum web-blog saya siap sepenuhnya, ada masalah di hosting yang baru saya beli. Dan inyasAllah segalanya akan selesai tak lama lagi.

Untuk entry kali ini saya nak bercerita tentang kehilangan yang paling berkesan dalam hidup saya. Mulai dari sekarang saya da jadi sebahagian dari mereka yang kehilangan kerja, cuma cara saya di buang kerja agak berbeza. Saya di tuduh cuba memalsukan sijil sakit saya sendiri. Dan saya diberikan dua pilihan..Pilihan pertama:berhenti secara suka rela bermakna meletak jawatan sebagai pereka grafik dan pilihan kedua: di gantung kerja sehingga siasatan selesai. Masa diberitahu perkara itu, saya berasa sangat sedih..saya di tuduh sebagai penipu?!! saya memalsukan sijil sakit saya sendiri? Ya Allah,sungguh berat dugaanmu. Tapi kenapa baru sekarang pihak pengurusan sedar? Dan yang peliknya, kenapa baru sekarang mereka sedar yang mereka sebenarnya ada seorang pekerja yang suka menipu?

Perkara ini benar-benar memberi saya satu tamparan yang hebat. Dan saya mengambil langkah untuk mengalah dari membetulkan keadaan sebb kerja di opis tue saya ada pihak yang tak senang dengan saya dan mmg kedatangan saya tidak di alu-alukan. Jadi tak guna rasanya bekerja di situ lagi dan lebih baik mengalah dan membawa diri. Memulakan segala semula sama seperti dulu sewaktu mula-mula menapak di bidang rekaan ini.

Sebenarnya saya tahu, tempat saya akan digantikan dengan orang lain. Ada setangah kawan-kawan kata jangan blah macam tue je, tapi saya bukan jenis yang suka melawan lagipun saya mmg da tak de hati nak bekerja di situ lagi. Walaupun saya mmg sedar saya sebenarnya di ugut untuk meletak jawatan dan ramai yang tahu dan nampak apa yang saya alami. Sebab seperti ada konspirasi tapi saya malas nak amik tahu dan mmg agak payah dan seperti tidak percaya yang saya sekarang bukan seorang pekerja lagi, tapi biarlah saya bermula seperti semula sama seperti tahu lepas.

Memang saya tahu saya sedang diugut dan saya sedar sangat2, tapi saya tak berkuasa seperti orang-orang itu. Biarlah saya tak kuasa nak amik tahu.Sekarang saya kena memulakan segalanya sekali lagi.

Maknanya, saya kena mengikut jejak yang pernah saya tinggalkan dulu, perit mmg la perit, tambahan pulak saya ni tak la sekuat mana pun tapi saya kena kuat juga sebb masa depan saya terletak di tangan saya sendiri, bukan di tangan sesiapa dan bukan juga di tangan ketua editor tmpt saya bekerja dulu, saya kena mulakan semuanya semula.. Dari A hingga ke Z.

Cabaran ni adalah satu pengajaran yang memberi erti kehidupan buat saya. Dan saya masih bernasib baik kerana masih ada kawan yang sudi membantu.

Buat masa sekarang saya menjadi driver kepada saudara sendiri. Gaji dia mmg kecil jika nak dibandingkan dengan gaji saya yang dulu. Tapi tak penting, yang penting pengalaman. Saya juga ada mendapat kerja freelance dari kawan2, ada yang nak buat kad kawin la, kad tunang la, amik gmbr kawin la…semua tue saya terima. Dan saya gembira melakukannya.

Sesungguhnya saya sedang mencuba berdiri sekali lagi, dan saya tidak akan kalah lagi. Saya cuma terpaksa melakukan pusingan-U dan saya kena membetulkan di mana kesilapan saya. Ini adalah pengalaman yang bermakna buat saya.

5 Responses to "Hilang"

hai akim…lorrhhh…dah tukar blogspot ke wordpress ker…
kene la kia edit akim nyer blog erkk…it’s ok…
ooo…nak wat web-blog baru yerk..bagus la tu….
alaaa…cian nyer akim…
sampai macam tu sekali erk…
tak sangka kia, zaman-zaman macam ni pun ada jugak orang macam tu…
nampak nyer, setiap peradaban zaman sememang nyer ada orang macam tu kan…
x per la….trima ajer la kan…
semoga akim akan dapat job yang lagi bagus daripada sebelum ni…
and gaji nyerk pun lagi bagus,kan…
leh banjer kia nanti kan…huhuuu…take care k…

thank you kia…nak buat macam mn kan nasib dan akim kena terima…

sesame kimi…keep going k…

orait…thnk u kia..nnti dtg2 la umah baru akim ni…hehehe

Leave a Reply