Posted by: kimskinez on: February 19, 2009
Salam…
Hari ini nak berkongsi satu toturial simple, seminggu yang lepas sy ada berkongsi toturial tentang sinar cahaya. Anda boleh rujuk di sini dan untuk kali ini saya nak share satu trick simple masking.
Langkah 1
Buat new canvas bersaiz (w= 485 pixel, H= 250 pixel) ataupun mengikut kehendak anda.
Taip apa sahaja yang di kehendaki, contoh saya, saya menggunakan nama pena grafik saya, ‘Kimskinez’ yang bermaksud…err…hnya kami jek tahu….
Langkah 2
Copy layer text anda Ctrl+J dan transfrom > Rotate 90 CW
Kemudian pergi ke menu bar, pilih Layer > Layer Mask > Reveal All
Satu kotak kecil akan berada bersebelahan dengan layer yang telah di copy tadi.
Gunakan gradient tool, dari bawah tarik gradient ke atas dengan menekan button Shift untuk mendapatkan satu gradient yang sama rata. Dan anda akan mendapat hasil seperti di atas.
Selain dari text, anda juga boleh menggunakan teknik masking ini kepada imej yang di sukai.
Disini saya sertakan beberapa contoh teknik masking yang digunakan untuk imej.
Posted by: kimskinez on: February 15, 2009
Salam semua…wahhh!! JLBM 2009, saya berpeluang untuk menyertainya untuk kali yang kedua. Pertandingan ini pernah saya sertai tahun lepas, dan menang sagu hati,jadi kali ini, saya kembali mencuba sekali lagi. Seronok sertai pertandingan ini macam-macam ilmu dan pendapat yang boleh kita kongsikan.
Orait, berbalik pada blog yang boleh menarik perhatian saya. Jika ada diantara anda semua nak tahu, saya ni seorang pengguna internet yang sangat aktif. Dan boleh di katakan hampir setiap hari saya menghabiskan masa di dunia maya ini.Berbagai blog yang saya baca, dari ulasan tentang kerjaya, tip-tip untuk kesihatan dan yang paling penting blog berkenan dengan seni tak kira seni apa, yang penting seni. Sebabnya saya seorang pereka grafik.
Bagi saya secara peribadi, blog adalah satu landasan ilmu dan medan pertempuran pendapat yang terbaik untuk kita semuanya.
Antara ciri-cira dan faktor untuk saya terus melayari blog seseorang adalah kerana setiap entry yang dibuat mempunyai:
Kerjaya dan seni
Saya nie seorang pencinta seni, salah satu daripada hobi saya ialah melukis dan mereka cipta jadi blog ini menjadi pilihan hati (cewah!!!) blog yang dimaksudkan ialah blog seorang pereka grafik http://www.firdausradzi.com, seronok menghabiskan masa melawat blog penulis ini. Cara penyampaian ceritanya dan juga sedikit review tentang rekaan membuatkan saya menjadi seorang pelawat ’setia’ di blog tersebut. Dan yang paling penting saya pernah bertemu dengan penulis blog ini semasa berkhidmat di syarikat lama dulu. Seronok dapat berbual dengan sesorang yang sangat berbakat seperti beliau. Blog ini menjadi kesukaan saya kerana blog ini sentiasa ada artwork ataupun hasil seni yang boleh menjadi inspirasi saya.
Bahasa yang mudah difahami
Ini juga satu faktor yang penting yang menarik minat saya untuk terus melayari dalam ‘keasyikan’ semasa berada di blog seseorang. Maklum sahajalah, bahasa kita sekarang dah jadi bahasa SMS, kalau boleh semua nak ringkas, sampaikan ada setengah dari ayatnya tidak dapat saya fahami.
Diari peribadi (blog peribadi)
Ada satu blog yang membuatkan saya tertarik, Saya suka membaca celoteh penulis ini, http://triplex.blogdrive.com/ gaya bahasa yang digunakan amat mudah untuk di fahami dan yang paling penting, ada unsur lawak yang diselitkan sekali semasa bercerita kadang kala membuatkan saya ketawa membayangkan macam mana lah perkara yang diceritakan tu terjadi.

Ada juga blog yang saya tak berapa suka, kenapa saya tak suka? Sebab yang pertama!!
Background music yang memang best, tapi sayang, tidak ada button stop! Dan ada kalanya saya boleh kena lemah jantung sebabnya masuk saja di blog itu lagu yang susah nak di fahami bergema, memanglah pemilik blog itu suka, tapi tolonglah ada juga yang tak suka.
Yang kedua blog yang susun atur layout yang berteraburan. Ya Allah!! boleh sesat tau, sesat di blog maya, hinggakan tidak tahu mana jalan pulang. Sebabnya mula masuk dah sarat dengan pelbagai benda.Selain dari loading yang lambat dan penat nak tunggu mungkin kerana item yang terlalu banyak di blog tersebut 
Yang terakhir, salah dalam pemilihan warna. Selalu ada diantara kita memandang remeh tentang warna blog masing-masing. Ada yang berjiwa lembut lalu memilih warna lembut untuk blog, tapi secara tidak langsung warna itu akan suram dan tengelam. Blog yang suram akan mengurangkan jumlah pelawat.
Jadi terpulang pada anda semua untuk mencorak blog masing-masing. Sebabnya blog kita adalah dunia kita. Jadi bila disebut dunia, warnakanlah dunia kita dengan berbagai-bagai ilmu dan perkara yang bermanfaat.
Sekian untuk tugasan pertama ini 
Posted by: kimskinez on: February 13, 2009
Salam… 
Dalam ke bosanan kt wad ni, saya telah berjaya menghasilkan satu toturial yg sangat simple, sesuai utk sape2 yg nak mencubanya. Biasalah dari membuang masa terbaring sambil tgk kartun, baik buat kerja yang saya suka. Kerja apa yang saya suka?? Editing Picture or coloring whit my lovely ABODE PHOTOSHOP CS3, dari contengan yg entah apa2 dengan mouse tiba2 terasa mcm nak share something.
Dulu saya ada share satu tutorial, hari ini nak share lagi…
p/s: Akak tempe boleh la try, sbb akim da bg software hr tue..ekeke…
Toturial 2: Sinaran Cahaya
Tambahkan sinaran cahaya pada gambar yang anda ambil, dengan satu cara yang cepat dan mudah.
Gambar ini saya dapat dari artphoto_zety’s.
Terima kasih pada zety’s nnti akim belanja ais krim…
Langkah 1:
Buka photo yang hendak di edit @ di touch up (art-1.jpg). Kemudian Ctrl-J utk salin layer (duplicate)
Langkah 2
Buat sedikit Level Adjustment pada Layer yang baru tadi. Tekan kekunci Ctrl-L. Tarik slide ke sebelah kanan. Set kan pada (90, 1.00, 180)
Peringatan: Semasa Level Adjustment sila pastikan kawasan yang ada cahaya dikekalkan
Sekarang, klik pada menu bar Filter > Blur > Radial Blur (Amount: 100, Method: Zoom, Quality: Best)
Sekiranya, hasil radial blur tadi agak kasar, klik menu bar Filter > Noise > Despeckle (Ulang sehingga sesuai dengan citarasa anda – Ctrl+F)
Trick: untuk menentukan titik punca sinaran cahaya (boleh klik dan drag), pointer.
Langkah 4
Sekarang, tukar layer mode pada screen
(cara utk tukar layer mode, pergi kat palet layer, ada drop menu yang default setting dia = Normal. Tukarkan kepada Screen.)
Dan akhir sekali, Level Adjustment (Ctrl-L) kali ini tarik slide ke sebelah kiri
Kemudian saya turunkan sedikit nilai Opacity: 80%.
Hasilnya!!
Nampak seperti cahaya matahari sedang membiaskan cahayanya ke persekitaran gambar.
p/s: Toturial simple dari saya, toturial ni da lama buat…cuma lupa nak klik button publish jek…ekeke
Posted by: kimskinez on: February 12, 2009
Aslmkm..
Well, lama rasanya tak up date blog..biasa la..SAKIT!! adehhh… sakit…sakit..dan seterusnya SAKIT, kali ini punya sakit ialah…demam denggi…macam mn la boleh kena demam denggi?? kalau dulu suka demam rindu…skrg demam lain lak…sebb org yang biasa saya rindu da tak rindu saya lagi…biasa la manusia berubah…sedangkan siang boleh bertukar malam…ini kan plak manusia…
erkk!!! apa yg akim mengarut nie?? isk..iskk…
ok2 back to the topic plssss!!!
Hampir 2minggu saya demam denggi, suhu badan 38.6, errr…agak tinggi jadi dktr terpaksa bagi pelbagai jenis ubat…biasa la..dan kepala sentiasa ada kain basah…nak bagi kurang panas tue.. dan mengikut petua org dulu2.. cara utk cepat sejukkan suhu badan ialah amik daun..errr..daun apa e..tak igt plak..huhuhu…lost memory jap..air dari daun tue, di tepuk2 kan kt ubun2 kepala.. tapi petua tu pun tak jalan jgak…last2 mama amik asam jawa, air asam jawa tue di tepuk2 kan atas dahi…huhuhu….
Semasa kat wad, saya di asingkan dari semua org…mean sy duk dlm bilik yg dia tulis.. KUARINTIN..err..btl ke sy eja tue??? biasa la…sejak xde cikgu ni..ekekeke… lepas tue kena makan BUBUR lagi sekali…adehh…bosan2…darah plak…xpyh la…hari2 kena amik..iskk…
Berapa hari e saya kena tahan wad…er..tak igt…sorry….lost memory lagik…huhu…mn buat mcm mn kan.. saya sejak semakin sakit ni semakin byk yg saya lupa, tp satu yg saya paling igt.. IBU dan YAYANG.. sebb dua wanita ni, saya masih bertahan sehingga hari ini..
Tak de kisah menarik utk di jadikan cerita sempena up date kali ini saje nak up date…kang ada lak yg ckp saya malas nk up date blog…ohhh ya sebelum terlupa… bermula minggu ni dan seterusnya, blog ini akan sentiasa di up date, sebb saya menyertai pertandingan di JomLayan, pertandingan yang pernah saya sertai tahun lepas… pertandingan yg menemukan saya dgn seseorg, dan pertandingan yg membuatkan saya menjadi seorg blogger.
saya pernah menyertainya tahun lepas…dapat menang sagu hati, dan utk kali ini, memcuba utk kali kedua…dan berharap dapat memberi saingan pada setiap peserta yang lain.. well, sampai sini jek la up date utk kali ini…huhu…
Satu lagi, saya mungkin akn berpindah tempat kerja, sebbnya…manusia2 yang bekerja kat cni, semakin hari semakin ‘liar’ dan saya plak semakin tak suka berada di antara mereka yang ‘liar’ sebbnya mereka tak mengenal sahabat atau saudara…
Posted by: kimskinez on: January 30, 2009
Aslmkm 
Dalam tak sihat ni…syukur rezeki tak pernah kurang..yela, ada saje org call utk sy design name card,letter head dan mcm2 lagi… baru2 ni, saya baru je dpt bayaran dari client saya.. saya design kan cover kotak utk product terbaru dia…selang beberapa hari lepas tue, Kakak senior saya masa belajar call bertanya pasal website, dia nak suruh saya buat website plak… saya jawab, inyaAllah.
Kadang2, kerja2 freelance ni banyak membantu saya, yela klu berharap pada gaji saje, tak kemana, sbb hidup di KL ni mcm2 cabarannya. Tapi satu sebb sy buat freelance sbb dgn duit tue blh la buat belanja beli ubat. Yelah saya kan ada sakit, jadi sekurang2nya duit freelance yang saya buat mampu utk menampung kos rawatan saya.
Selain dari design, saya jgak ada buat freelance coloring, agak lumayan jgak la buat coloring ni, satu page blh dpt antara RM25 hingga RM35.. tapi bergantung pada kekemasan mewarna..
Saya sebenarnya bukan nak citer pasal kerja freelance saya, tapi nak citer pasal saya tgh usaha untuk membeli Wacom terbaru.. Wacom ni adalah Pen Table.. keggunaan dia adalah utk melukis dan mewarna sama macam kt atas kanvas.. saya mula belajar pakai wacom ni dari seorg abg senior semasa bertugas di sebuah majalah homur di KL. Dia yang banyak mengajar saya pakai wacom ni, dan sy
masih igt lg, macam mn tgn saya di ketuk semasa belajar dl..huhu..
Wacom yang sedang saya usha baikkk punya, ialah Bamboo.. harga antara RM300 dan ke atas. Kalau dapat yang ini tentu best..sebbnya sekarang saya da tak melukis kt atas kanvas mcm selalu, saya lebih suka melukis terus di Photoshop.
Kalaulah dapat wacom ni, inyaAllah lebih mudah kerja saya nnti. Harap2 dapat la saya beli.
Saya da tgk hari tue kat kedai komputer Mid Valley, yela umah dekat jek ngn mid valley, so pegi la jalan2 sorg2 hr rabu lepas… banyakkknyaaaaa pilihan kat citu last2 tak beli pon, sebbnya tak tahu nk pilih… hari khamis ajak yayang temankan, dia kata tak mau pegi mid valley, besar sgt dia takut sesat..huhuuh…sy pun sebenarnya tak hbs lagi pusing2 mid valley, saya cuma pegi shopping barang2 yg perlu jek..then g tgk wayang…ekekeke…
Ada kawan kata tunggu PC fair br beli,tapi PC fair lambat lg la… hati ni da bergelora nak beli wacom…wahahahahahaa….
p/s: Pada sape2 yang nak mencuba perkhidmatan freelance saya.. sila la email saya…ekeke.. kita boleh bincang2 nnti…
wahahaha…promosi sikit…hehehehe