Posted by: kimskinez on: May 12, 2009
Salam, ni nak citer lagi ni, pasal YM jgak….masa pagi2 buka YM ada org nak add…nama dia perggghhh!! Memikat. Pada mula igtkan kawan kolej lama sbb dia pun nama macam tue, jadi sy terus jek approve.. Lepas tue g kacau2 Lemon a.k.a Kak Noi, biar la tak status tue tulis dia bizi, i dont care, tgh2 gelak2 kan Lemon pasal dia tak th nak explain pasal hosting tiba2 ada window YM baru dia tulis yg ni… “Kimi…ada tag untuk kamu tau”
Ceyyy!! sapakah awek ni, musykil daku di buatnya.. Then dia bagi link, sy pon klik link tue, aiikkk!!! apasal blog kia lak ni??? Lepas di interview awek tadi tue, rupa2nya dia kia…laaaaa….baru nak ayat…(furrhh!!! jgn la yyg baca ayat ni..huhuhuh)
Tag kali ni pasal Wallpaper, Wallpaper?? kertas dinding…ekeke… so ni la wallpaper yg saya gunakan utk laptop baru saya, baru beli ni…baru 2 bulan..

Yuhhuuu~~~ ni la wallpaper akim, warna hijau dan hitam warna ijau mmg favret akim…tak caya tanya lemon..ekekek…akim pakai Windows Vista dan tepi sebelah kanan ada objectdock… mmg suka pakai objectdock ni sbb semua item yg ptg blh letak kt tepi… Lepas tue akim mmg tak suka desktop ada byk folder, banyak2 barang kt desktop buat akim sesak nafas! lepas tue melambatkan laptop. Satu lagi semua doc yg penting2 akim letakkan dlm folder acer tue, dalam tue macam2 folder ada semua di susun mengikut kepentingan dahulu, mmg akim seorg yg suka kekemasan tak suka tgk doc berserabut tak tentu pasal nnti nak cari blik da tak tahu katne benda tue. Itulah rupa wallpaper akim simple tapi meriah dengn sedikit warna kegemaran!! ekek…dan yang pasti xde unsur2 kaler pink…hahahahaa….
Sekian saje utk tag wallpaper kali ni…ekekek….harap kia puas hati…sila bagi markah e kia…..heheheee
Posted by: kimskinez on: April 27, 2009
Salam, adehh…buka2 je Ym tiba2 ada org bagi msg ni, “pegi jawab tag “ saya yg mmg da blur ni tnya la, bila lak tag org ni?? dia kata ada cari kt entry lama2 tue ada nama akim, tp masalahnya dia skrg da rajin up dated blog satu hari sampai dua entry sesak jgak la nafas nak cari satu2 entry dia, tapi berbekalkan kuasa naruto saya berjaya la mencari (sebenarnya dia yg bgth tahu kt ne nama saya ada..ekeke)
Tag ni xde tajuk la..huhuh…tue yg pelik tue..ekekee… Lama rasanya xkena tag ni…igtkan da xkan kena tag lg…tapi ada jgak…tp bgus jgak tag ni…leh la up date blog…wahahaha….sambil2 up date blog dgr lak lagu oldies adehhh….ngantuk pun ada, tp kan layan jgak lagu ni..ekeke… ok2, skrg nak jawab soalan tag..
Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog saya??? Nama blog saya I’m Here, kenapa pilih nama tue, sbb saya sentiasa ada bila anda memerlukan saya…cecewahhh!! xdela, sebenarnya saya nk merujuk pada semua org yg i’m here dan always be here for you all. Sebab sahabat yg baik sentiasa bersama dengan sahabatnya tak kira susah atau senang. Itu yang arwah pakcik bgth sama la mcm kita bersaudara.. that why nama blog saya I’m here..
Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
link blog? saya menggunakan wordpress jadi link blog saya ialah http://kimskinez.wordpress.com/ macam mana blh timbul idea nak menamakan blog macam tue, sebbnya kimskinez adalah nama yg biasa saya gunakan dlm dunia internet nie..
Apakah ‘method’ penulisan dalam blog anda?
ceyyyy!!! method, ase macam buat final assgmnt utk projek tahun akhir plak… huhuhu… method utk penulisan blog ni ialah utk saya Umum (U), dan kadang2 ada jiwang2 sikit…ekeke…
Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Apa??? hapuskn? pernah dan mmg da byk kali saya terasa macam nak ‘menghapuskan’ blog saya sendiri.. dan saya pernah private kan blog ni dan mcm2 lg yg saya buat… pernah satu ketika saya da ada kt setting dan mmg da bersedia nak klik button delete, tapi saya pikir blik, utk apa saya hapuskan kenangan yg ada di sini? saya ada byk kenalan sejak berblog dan kerana blog ni saya berjumpa dgn seorg yg istimewa. Jadi sebb tue la saya tak jadi delete blog saya sebaliknya dari blogspot saya pindahkan ke wordpress.
Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Apa pendapat saya mengenai blog org yg tag saya ni??? blog yg penuh dgn kaler pink!!! …hhuhu…lepas tue setiap kali msk blog tue kompen ase lapor, sebb tuan punya blog tue suka makan…wahahaha… opsss!!! Sorry Lemon akim tak sengaja….hehee
Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
errr….saya nak tag sape??? nnti saya up date…ekekee
*******************
fuuuurrrrrrhhhh!!!! siap pun tag ni..ekeke
Posted by: kimskinez on: April 14, 2009
Salam, sebenarnya saya tak xde idea nak up date pape, tapi td kebetulan masa belek2 CD lama yg saya burn untuk back-up saya terjmpa satu disc yg ada tulis nama sesorang.
Hmmm…bila buka, keluarlah segala benda yang pernah saya buat bersama dia dulu, dari perbualan YM yg saya simpan dalam notepad, gmbar, lagu dan macam2 lagi.. bila da baca perbualan kt YM tue sy gelak sendiri…wahahaa..mmg kelakar…bila tgk gmbr yg saya lukis dan saya warna, saya tersalah warna baju utk karektor perempuan dia punya majuk…huhu…awahhaaaa…mmg kelakar la..sbb hari-hari adalah hari untuk buat dia ketawa, dan kami ada satu pertalian yang membuatkan kami boleh merasa apa saja yang dia rasa ataupun yang saya rsa.
Lepas tue dia plg takut klu hidung saya berdarah dan dia pasti akan amik berat bila saya sakit.. Dia la kakak saya, tp
Entahlah, saya yg bersalah, saya terlalu mengikut perasaan, dan saya plak jenis yang ssh nak melepaskan apa yg saya miliki. tapi entah kenapa hari tue saya berani melepaskan dia..dan sekrang bila teringat dgn dia..satu je yg mapu saya buat
Tersenyum…tersenyum teringatkan kenangan kami…dan tue sahaja yg mampu saya miliki dari dia…
Posted by: kimskinez on: April 3, 2009
Salam…lama tak up date blog..buat masa ini saya cuma jadikan umah baru saya ni sebagai satu persinggahan sebelum web-blog saya siap sepenuhnya, ada masalah di hosting yang baru saya beli. Dan inyasAllah segalanya akan selesai tak lama lagi.
Untuk entry kali ini saya nak bercerita tentang kehilangan yang paling berkesan dalam hidup saya. Mulai dari sekarang saya da jadi sebahagian dari mereka yang kehilangan kerja, cuma cara saya di buang kerja agak berbeza. Saya di tuduh cuba memalsukan sijil sakit saya sendiri. Dan saya diberikan dua pilihan..Pilihan pertama:berhenti secara suka rela bermakna meletak jawatan sebagai pereka grafik dan pilihan kedua: di gantung kerja sehingga siasatan selesai. Masa diberitahu perkara itu, saya berasa sangat sedih..saya di tuduh sebagai penipu?!! saya memalsukan sijil sakit saya sendiri? Ya Allah,sungguh berat dugaanmu. Tapi kenapa baru sekarang pihak pengurusan sedar? Dan yang peliknya, kenapa baru sekarang mereka sedar yang mereka sebenarnya ada seorang pekerja yang suka menipu?
Perkara ini benar-benar memberi saya satu tamparan yang hebat. Dan saya mengambil langkah untuk mengalah dari membetulkan keadaan sebb kerja di opis tue saya ada pihak yang tak senang dengan saya dan mmg kedatangan saya tidak di alu-alukan. Jadi tak guna rasanya bekerja di situ lagi dan lebih baik mengalah dan membawa diri. Memulakan segala semula sama seperti dulu sewaktu mula-mula menapak di bidang rekaan ini.
Sebenarnya saya tahu, tempat saya akan digantikan dengan orang lain. Ada setangah kawan-kawan kata jangan blah macam tue je, tapi saya bukan jenis yang suka melawan lagipun saya mmg da tak de hati nak bekerja di situ lagi. Walaupun saya mmg sedar saya sebenarnya di ugut untuk meletak jawatan dan ramai yang tahu dan nampak apa yang saya alami. Sebab seperti ada konspirasi tapi saya malas nak amik tahu dan mmg agak payah dan seperti tidak percaya yang saya sekarang bukan seorang pekerja lagi, tapi biarlah saya bermula seperti semula sama seperti tahu lepas.
Memang saya tahu saya sedang diugut dan saya sedar sangat2, tapi saya tak berkuasa seperti orang-orang itu. Biarlah saya tak kuasa nak amik tahu.Sekarang saya kena memulakan segalanya sekali lagi.
Maknanya, saya kena mengikut jejak yang pernah saya tinggalkan dulu, perit mmg la perit, tambahan pulak saya ni tak la sekuat mana pun tapi saya kena kuat juga sebb masa depan saya terletak di tangan saya sendiri, bukan di tangan sesiapa dan bukan juga di tangan ketua editor tmpt saya bekerja dulu, saya kena mulakan semuanya semula.. Dari A hingga ke Z.
Cabaran ni adalah satu pengajaran yang memberi erti kehidupan buat saya. Dan saya masih bernasib baik kerana masih ada kawan yang sudi membantu.
Buat masa sekarang saya menjadi driver kepada saudara sendiri. Gaji dia mmg kecil jika nak dibandingkan dengan gaji saya yang dulu. Tapi tak penting, yang penting pengalaman. Saya juga ada mendapat kerja freelance dari kawan2, ada yang nak buat kad kawin la, kad tunang la, amik gmbr kawin la…semua tue saya terima. Dan saya gembira melakukannya.
Sesungguhnya saya sedang mencuba berdiri sekali lagi, dan saya tidak akan kalah lagi. Saya cuma terpaksa melakukan pusingan-U dan saya kena membetulkan di mana kesilapan saya. Ini adalah pengalaman yang bermakna buat saya.
Posted by: kimskinez on: February 22, 2009
Salam, syukur sebab saya berjaya ke pusingan kedua JLBM2009,segal komen juri saya terima banyak membantu saya memperbaiki kelemahan yang masih ada. Berbalik pada tugasan minggu kedua ini, cerita dan gambar, seperti tahun lepas saya ada mendapat tugasan yang hampir sama cuma perbezaan ialah gambar. Dan tahun lepas saya tak dapat buat dengan sempurna atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.Berbekalkan semangat yang ada, saya ingin bercerita tentang…………………
Koleksi hikayat bukan-bukan: Cerita Lembu Ajaib!
Pada suatu masa dahulu, ada sebuah negeri yang rakyat jelatanya hanya tahu bermain dengan lembu. Bermacam-macam jenis lembu yang mereka main.Ada lembu jantan, lembu betina, lembu cacat dan juga lembu susu. Nak dijadikan cerita, ada pemuda yang bernama Abang Pandir membela seekor lembu yang diberi nama Gendut. Pergi ke mana sahaja Abang Pandir akan membawa Gendut sekali. Sedang mereka berjalan-jalan di pekan, ada hulubalang dari Istana Menanti mengumumkan sesuatu. Setelah diamati ternyata Raja Lawak,iaitu raja di negeri mereka mahu adakan pertandingan laga lembu. Abang Pandir mahu menyahut seruan diraja itu.
Abang Pandir tanpa melengahkan masa melatih Gendut dengan bersungguh-sungguh. Pelbagai jenis skil telah dipraktikkan. Antaranya termasuklah mengibar-ngibarkan kain untuk dikejar oleh Gendut, menyuruh Gendut bergimnastik serta melompat di dalam lingkaran api. Dikala saat bertemu jam, hari bertemu bulan dan bulan bertemu matahari, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Orang-orang kampun mula berkerumun di perkarangan Istana Menanti. Apabila tiba giliran Abang Pandir, dia pun menjeritlah nama Gendut. Gendut! Gendut! Mari sini cepat! Sambil itu Abang Pandir mengibas-ngibaskan kain berwarna merah. Apalagi, Gendut terus berlari-lari anak lalu Gendut mengimnastikkan dirinya.Tiba-tiba Gendut terhenti dikala kakinya ke atas dan kepalanya di bawah. KENAPA????

Abang Pandir yang kehairanan bertanya kepada Gendut.
“Oii Gendut! Kenapa dengan kamu hari ni?? Termakan rumput yang beracun ke??
“Takk”, jawap Gendut.
“Habis tu kenapa?? Kamu demam ke?? Dah macam badut sarkas aku tengok..”,
“Merah kan tanda berhenti.Kau yang ajar aku semasa kita pergi KL dulu. Kau kata kalo nak mati cepat jalan la waktu merah…..
Abang Pandir….???
Orang ramai yang menyaksikan akisi gendut itu tergaman.Mereka sperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Sesekor lembu membuat aksi erobatik yang tidak boleh dilakukan oleh haiwan lain.
“Eh Gendut, bila masa pula aku bawa kau pergi KL?” tanya Abang Pandir.
“Semalam, lalalalalala”
Gendut terus berputar-putar sementara tanduknya masih di atas tanah.
“Gendut semalam berapa tan rumput kau telan?”
“Nyah!!! I tak telan tau, i kunyah pelahan OK, lebih afdal 44 kali kunyah baru telan, barulah awek muda tau.”
“Erk! Gendut, kau dah gila ke?”
” Isk..apalah Abang Pandir ini, ada ke patut Abang Pandir kata Adik Gendut gila. Mana ada, janganlah malukan I depan orang ramai. Jatuh saham I nanti tauuuuuu! Bencilah dengan Abang Pandir ni.” sambil merengus.
Abang Pandir terkedu.
*Sejak bila pula lembu aku bertukar jadi lembu pondan ni? Takkan sebab latihan gimnastik tue kot? Pelik aku dengan Si Gendut ni.
“Eh Gendut, sebelum aku tukar kau jadi BBQ Steak, baik kau ikut arahan aku ni.” Marah Abang Pandir.
“Sanggup ke Abang Pandir nak makan Gendut? Daging I dah keras tau.”
Ketika Abang Pandir pening memikirkan apa yang telah terjadi pada Lembunya dia di datangi oleh seorang lelaki tua.
“Nak, kenapa cakap seorang diri?” Soal orang tua tersebut.
“Lembu saya ni, dah bertukar jadi lembut pondan, saya rasa lembu saya da keracunan rumput ni Pakcik.”
“Yeke, kesian”
“Kenapa Pakcik tanya tentang gendut ni? Lepas tue macam mana pula pakcik boleh ada tengah padang ni?”
“Sebenarnya Pakcik nak amik balik lembut Pakcik ni nak”
“Eh, ini lembu saya, namanya Gendut. Bukan lembu Pakcik.” Abang Pandir mula marah. Mukanya hampir bertukar hijau.
“Nak, kalau pak cik cakap jangan marah ye, ini lembu ajaib pakcik. Pakcik tertinggal semasa singgah kedai makan tadi” Jawap orang tu itu lembut.”Dan satu lagi, Pakcik rasa anak ni tengah bermimpi ni. Kita sekarang bukan berada di tangah padang kita berada di bawah pokok”
“Pakcik jangan mengarut, saya tengah ada pertandingan penting nie.Kalau betullah saya sedang bermimpi cuba pakcik tampar saya” Cabar Abang Pandir berani.
*** Pangggggggg!! satu tamparan hebat menerjah pipi Abang Pandir.
“Adoi!! sakitnya”
“Sekarang da sedarkan? Pakcik amik balik lembu pakcik ye nak, lembu anak ada tue, tengah tidur di sebalik pokok nie.”
Abang Pandir terpinga-pinga, dia seperti tidak percaya apa yang telah berlaku. Dia mengaru kepala dan berlalu pegi meninggalkan pakcik itu dan lembu ajaibnya.
“Abang Pandir!!! Jangan lupa call I tau. I like you Abang Pandir. Byeeee!!” Kata lembu ajaib itu kepada Abang Pandir.
Abang Pandir yang mendengar jeritan lembu ajaib itu terus berlari bersama lembunya dengan pantas meninggalkan tempat mereka tertidur tadi. Segala Pertandingan tadi adalah mimpi Abang Pandir yang sangat teruja dengan pertandingan laga lembu tadi.